Click here for Myspace Layouts

PENGIKUT

Sunday, January 30, 2011

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Aishah Binti Ahmad, Pembantu Pengurusan Murid Program Integrasi Pendidikan Khas , Sekolah Menengah Kebangsaan Naning yang telah mengemaskini dan mengubahsuai blog ini. Usaha-usaha berterusan ini sangat diharapkan supaya ketrampilan program dapat ditonjolkan dari masa ke masa.

Thursday, January 27, 2011

MERENTAS DESA


Aktiviti merentas desa telah diadakan pada 19 Januari 2011 di SMK Naning. Seramai 24 orang pelajar Pendidikan Khas telah menyertai aktiviti ini. 10 orang daripadanya telah berjaya mendapat pingat dan yang lain telah menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.

Wednesday, January 26, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH MERENTAS DESA

Pada 25 Januari 2011, acara penyampaian hadiah merentas desa telah diadakan di Dewan SMK Naning. Seramai 10 peserta telah berjaya membawa pulang hadiah masing-masing. Peserta yang telah berjaya ialah:

Tempat Pertama : NOR AISHAH BINTI MOHD SHAH
Tempat Kedua : DINESH A/L KRISHNAN
Tempat Ketiga : ESWARAN A/L CHANDRAN
Tempat keempat : NASHARUDDIN BIN OSMAN
Tempat kelima : MOHD KAMALUDDIN BIN MOHD SHAH
Tempat keenam : SYAFIQAH BINTI MOHD KHAIRUL ANUAR
Tempat ketujuh : NUR NAJIHAH BINTI MOHD RAMLI
Tempat kelapan : NORAINI BINTI OSMAN
Tempat kesembilan : NORHAFIZA BINTI JASMAN
Tempat kesepuluh : MOHD HASNIMAN BIN HAMID

Tahniah diucapkan........

Saturday, January 22, 2011

MERENTAS DESA


Program Integrasi Pendidikan Khas mengucapkan tahniah kepada semua peserta merentas desa peringkat sekolah. 9o% pelajar pk terlibat dan menunjukkan semangat yang cemerlang.

Tahniah juga kepada atlit PK, Dinesh A/L Krishnan kerana telah berjaya ke peringkat kawasan yang diadakan di MRSM Alor Gajah pada hari Sabtu, 22 Januari yang lalu (tempat ketiga )dan seterusnya mewakili kawasan ke Merentas Desa Negeri pada 19 Februari ini.

Semoga kejayaan sentiasa bersama anda. Pendidikan Khas Seiring Aliran Perdana.....Doa kami warga pendidik sentiasa bersama2mu.....

Monday, January 17, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

PROGRAM INTEGRASI PK SMK NANING MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA DENGAN HARAPAN TAHUN INI ADALAH LEBIH BAIK PERJALANANNYA DARIPADA TAHUN-TAHUN TERDAHULU.

SELAMAT MAJU JAYA DAN KUATKAN TEKAD UNTUK MEMAJUKAN PROGRAM INI.