Click here for Myspace Layouts

PENGIKUT

Wednesday, March 13, 2013

KEMPEN KENALI UBAT ANDA

Kempen ini diadakan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam untuk mengenali ubat, satu pameran Kenali Ubat turut diadakan bertujuan memberikan maklumat serta kesedaran kepada pelajar, guru dan ppm pendidikan khas tentang kepentingan mengenali ubat-ubatan yang diambil.



Kesenian

Setiap kumpulan diberi satu gambaran dan mereka harus melukis lukisan tersebut pada kertas yang diberikan ini la hasil lukisan mereka 



Mural Time Plak

Mural Abjad Braille dan Isyarat Tangan




Program Kemahiran Hidup

Pelajar pendidikan khas bersama guru-gurunya bergotong royong memasang pagar di sekitar kawasan bangunan pendidikan khas


Tuesday, March 12, 2013

Welcome to Pendidikan Khas

Dinding Pendidikan Khas yang baru Cantik tak hehe....



Bowling Fighter

Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Zon Alor Gajah pelajar kite mendapat naib johan bagi P14 dan P19


Lawatan Sambil Belajar

Pada 25/2/2013 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Terapi Bowling Dan Alam Sekitar


Tahun baru 2013 sudah kembali dan selamat kembali ke sekolah untuk semua guru-guru, ppm, pelajar lame dan pelajar baru pendidikan khas SMK Naning ada 6 orang pelajar baru pendidikan khas pada tahun ini iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Ni la muka-muka pelajar baru pendidikan khas SMK Naning pada tahun 2013:-


Kita juga mendapat 2 orang PPM baru:-


PPM yang bernama Pn. Mastura Bt Abdullah sani telah berpindah ke sekolah baru semoga Selamat Maju Jaya di sekolah baru.



Thursday, June 21, 2012

LAWATAN KE RUMAH PELAJAR
NUR MAHIRAH BT SYAFIE


KEADAAN BAPANYA YANG SAKIT CANCEL TULANG & URAT SARAF


Wednesday, January 18, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 & SELAMAT DATANG PELAJAR BARU

Dan masuk tahun baru 2012 dan selamat kembali ke sekolah untuk semua guru-guru, ppm, pelajar lame dan pelajar baru pendidikan khas SMK Naning ada 6 orang pelajar baru pendidikan khas pada tahun ni iaitu 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Ni la muka-muka pelajar baru pendidikan khas SMK Naning pada tahun 2012:-





Tuesday, August 23, 2011

:)SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 :)


Kami Warga Pendidikan Khas SMK Naning ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 & semoga pada tahun ini mendapat keberkatan daripada Ilahi..

Thursday, August 4, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Kami warga Pendidikan Khas SMK Naning mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak semoga diberkati ALLAH selamanya....


Wednesday, May 11, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga guru yang akan disambut pada 16 Mei 2011. Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah di Negeri Melaka akan disambut di semua sekolah pada 16 Mei 2011(Isnin). Tema Perayaan Hari Guru 2011 adalah " Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2011:-

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA... SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

Friday, April 15, 2011

SELAMAT BERCUTI

Hari ini, 15 April 2011,
seluruh warga Melaka bercuti kerana menyambut ulangtahun hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Di sini semuanya bermula. Tak Melayu Hilang Di Dunia......

Sunday, January 30, 2011

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Aishah Binti Ahmad, Pembantu Pengurusan Murid Program Integrasi Pendidikan Khas , Sekolah Menengah Kebangsaan Naning yang telah mengemaskini dan mengubahsuai blog ini. Usaha-usaha berterusan ini sangat diharapkan supaya ketrampilan program dapat ditonjolkan dari masa ke masa.

Thursday, January 27, 2011

MERENTAS DESA


Aktiviti merentas desa telah diadakan pada 19 Januari 2011 di SMK Naning. Seramai 24 orang pelajar Pendidikan Khas telah menyertai aktiviti ini. 10 orang daripadanya telah berjaya mendapat pingat dan yang lain telah menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.

Wednesday, January 26, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH MERENTAS DESA

Pada 25 Januari 2011, acara penyampaian hadiah merentas desa telah diadakan di Dewan SMK Naning. Seramai 10 peserta telah berjaya membawa pulang hadiah masing-masing. Peserta yang telah berjaya ialah:

Tempat Pertama : NOR AISHAH BINTI MOHD SHAH
Tempat Kedua : DINESH A/L KRISHNAN
Tempat Ketiga : ESWARAN A/L CHANDRAN
Tempat keempat : NASHARUDDIN BIN OSMAN
Tempat kelima : MOHD KAMALUDDIN BIN MOHD SHAH
Tempat keenam : SYAFIQAH BINTI MOHD KHAIRUL ANUAR
Tempat ketujuh : NUR NAJIHAH BINTI MOHD RAMLI
Tempat kelapan : NORAINI BINTI OSMAN
Tempat kesembilan : NORHAFIZA BINTI JASMAN
Tempat kesepuluh : MOHD HASNIMAN BIN HAMID

Tahniah diucapkan........

Saturday, January 22, 2011

MERENTAS DESA


Program Integrasi Pendidikan Khas mengucapkan tahniah kepada semua peserta merentas desa peringkat sekolah. 9o% pelajar pk terlibat dan menunjukkan semangat yang cemerlang.

Tahniah juga kepada atlit PK, Dinesh A/L Krishnan kerana telah berjaya ke peringkat kawasan yang diadakan di MRSM Alor Gajah pada hari Sabtu, 22 Januari yang lalu (tempat ketiga )dan seterusnya mewakili kawasan ke Merentas Desa Negeri pada 19 Februari ini.

Semoga kejayaan sentiasa bersama anda. Pendidikan Khas Seiring Aliran Perdana.....Doa kami warga pendidik sentiasa bersama2mu.....

Monday, January 17, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

PROGRAM INTEGRASI PK SMK NANING MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA DENGAN HARAPAN TAHUN INI ADALAH LEBIH BAIK PERJALANANNYA DARIPADA TAHUN-TAHUN TERDAHULU.

SELAMAT MAJU JAYA DAN KUATKAN TEKAD UNTUK MEMAJUKAN PROGRAM INI.

Wednesday, August 4, 2010

KAD KEMERDEKAAN-SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 53



Hasil kerja pelajar Pendidikan Khas Naning menyertai pertandingan kad ucapan sambutan hari kemerdekaan kali ke-53.Merdeka..Merdeka..Merdeka!!!Bersemangat pelajar kita membuat kad ucapan yang comel ini.