Click here for Myspace Layouts

PENGIKUT

Wednesday, May 11, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga guru yang akan disambut pada 16 Mei 2011. Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah di Negeri Melaka akan disambut di semua sekolah pada 16 Mei 2011(Isnin). Tema Perayaan Hari Guru 2011 adalah " Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2011:-

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA... SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

No comments:

Post a Comment

Post a Comment